Pembersihan Kolon Sebelum Virtual Kolonografi
2 hari sebelum prosedur dijalankan: Anda tidak dibenarkan memakan makanan yang berserat tinggi seperti daging, ayam, buah-buahan atau sayur-sayuran. Bubur dan mee/mihun/koay teow sup ( sup jernih ) dibenarkan.
Sehari sebelum prosedur dijalankan:
Anda hanya dibenarkan minum air kosong dan jus, seperti jus epal atau limau (kecuali jus berwarna merah dan ungu ), air kanji, kopi dan teh ( tanpa susu ), minuman ringan seperti 100 plus atau Redbull dan agar-agar kosong.
Anda tidak dibenarkan memakan makanan yang susah dihadamkan seperti susu, sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan.
Sesiapa yang menghidapi penyakit Kencing Manis tidak dibenarkan mengambil dos tengahari dan dos malam, ubat pil kencing manis.
Pada hari kolonogram, najis anda seharusnya cair dan jernih.Jika terdapat sisa-sisa pejal ataupun cecair yang kotor warnanya, anda seharusnya memberitahu staff kami semasa mendaftar.
Prosedur Pembersihan Kolon:
Beli sebungkus Fleet Phospho Soda Kit dari Farmasi
Dos pertama : 12 tengahari : Minum 45ml ( setengah botol Fleet Phospho Soda ) yang telah dicampurkan ke dalam setengah gelas air kosong atau jus. Diikuti dengan segelas air kosong.Anda akan mengalami cirit-birit setelah mengambil ubat ini dalam jangkamasa 30 minit hingga 3 jam. Anda dinasihatkan berada berdekatan dengan bilik air.
Seterusnya, anda dinasihatkan minum sekurang-kurangnya 4 gelas air kosong.
Dos kedua : 7 malam : Minum 45ml ( setengah botol Fleet Phospho Soda ) yang telah dicampurkan ke dalam setengah gelas air kosong atau jus. Seterusnya, anda dinasihatkan minum sekurang-kurangnya 4 gelas air kosong.
Anda diwajibkan berpuasa selepas pukul 12 tengah malam. |