Untuk Doktor > Informasi Teknologi Untuk Doktor

Informasi Teknologi Untuk Doktor

HSC menggunakan peralatan teknologi yang canggih. Dengan peralatan dari Siemens (Germany) dan GE (USA) dan lain-lain. HSC adalah salah satu daripada pusat perubatan yang terlengkap dan termoden di rantau ini.

Pengabungan teknologi perubatan canggih dengan kemahiran pakar-pakar perubatan yang terlatih membolehkan pakar kardiologi dan radiologi mendapat maklumat mengenai apa-apa penyakit daripada pesakit.

Ketepatan

Siemens MSCT dapat mengumpul 18 kali lebih banyak data dari EBCT. Tambahan lagi MSCT dapat memproses data dengan lebih terperinci dari EBCT. MSCT membolehkan pengumpulan data secara "isotropic" dan "contiguous". Dengan ini kita mampu menghasilkan gambar resolusi 3-dimensi yang lebih baik. Penyelidikan (Sept 2002 Circulation) menunjukkan bahawa MSCT ada nilai prediktif Positive sebanyak 80% dan nilai prediktif negatif sebanyak 97%.

Konsistensi

Bunyi latar EBCT adalah 100 kali lebih kuat daripada MSCT. Pakar Radiologi yang cuba membawa imej dari EBCT dan MSCT dapati bahawa resolusi imej dari MSCT adalah 3 kali lebih baik dari EBCT. Resolusi spatial bagi MSCT adalah 30 garis per cm (lp/cm) berbanding dengan 11 lp/cm bagi EBCT.

Radiasi

Bila membanding dos radiasi dari MSCT dan EBCT dengan menggunakan protokol yang sama, didapati dos radiasi adalah lebih kurang 7mSv. Semua CT skan akan memberi dos radiasi sebagaimana diprogram oleh operator mesin. Yang penting adalah berapa banyak dos yang perlu untuk mendapatkan imej yang bagus. Siemens MSCT adalah mesin sken yang canggih dan oleh itu dapat memperolehi imej yang baik dengan dos X-ray 1/3 dari EBCT.

Kelajuan

MSCT adalah lebih laju daripada EBCT. Ini adalah kerana EBCT kurang canggih daripada MSCT. Kelajuan MSCT didapati dari meja yang sentiasa bergerak. EBCT tidak ada kemampuan ini. Mesin MSCT dapat mengambil imej secara sambung-menyambung. Ini membolehkan kita mendapat imej yang lebih baik dengan salinan yang baik.

Kesimpulan

Mesin skan MSCT Siemens adalah lebih canggih daripada EBCT dari segi ketepatan, konsistensi, radiasi dan kelajuan. Institusi-institusi perubatan seperti Hospital Stanford, John Hopkins dan Mayo sedang menggunakan'Siemens 16-kepingan' MSCT.


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team