Perkhidmatan Perubatan > Skrining Spinal

Skrining Spinal

Adakah anda telah melakukan permeriksaan Tulang belakang?

Apakah maksud sEMG?

sEMG maksudnya ”Surface Electromyography”. Ia akan mengukur jumlah elektrik semasa otot melakukan aktiviti seperti ketegangan otot. Ini adalah seperti EKG iaitu mengukur aktiviti otot jantung.

Adakah ia sakit?

Langsung tidak sakit. Ia tidak akan menyebabkan kesakitan ataupun gangguan pada badan. Selamat untuk bayi, kanak-kanak, ibu yang mengandung ataupun warga tua. Ini adalah prosedur yang ringkas di atas permukaan kulit dan mengambil masa kurang daripada 5 minit.

Mengapa saya perlu diperiksa?

Pelajar-pelajar dalam bidang kiropraktik dan juga pelajar perubatan telah dapat menunjukkan, sEMG membantu untuk mengenalpasti samada tubuh badan anda dalam keadaan ketegangan yang normal atau tidak. Ini dapat membantu keparahan keadaan anda dan juga menjejaki kemajuan kiropraktik anda.

Bagaimanakah Ia berkaitan dengan kiropraktik?

Tulang belakang beralih mengurangkan keseimbangan badan untuk mengekalkan kesihatan badan yang optima. Apabila Tulang belakang beralih berlaku, sistem saraf dalam badan akan dipengaruhi menyebabkan meningkatnya pengurangan aktiviti otot. sEMG menunjukkan komponen otot tulang belakang beralih. Tugas kiropraktik ialah mengesan dan membetulkan tulang belakang beralih secara ringkas dan mudah melalui prosedur yang dikenali sebagai ”adjustment”.

Apakah maksud ”Torso Graph”?

Bacaan berwarna hijau bermaksud normal, coklat bermaksud hampir-hampir, merah adalah abnormal. Pembacaan berkorelasi dengan tulang belakang beralih dimana kiropraktik akan membuat pembetulan tulang belakang anda.

Bagaimanakah kiropraktik melakukan pembetulan melalui sEMG saya?

Pembetulan yang dilakukan oleh kiropraktik banyak memberi kebaikan kepada sistem saraf. Dalam kebanyakan kes, sEMG menyimbangkan dan menormalisasikan. Maklumat yang didapati melalui sEMG anda akan membantu doktor kiropraktik mengenalpasti jenis dan cara untuk mengatasi masalah anda. Membuat rawatan susulan dapat membantu doktor kiropraktik memerhati dan menjalankan rawatan seterusnya.

Kenapakah kiropraktik mengunakan komputer untuk pemeriksaan tulang belakang?

”Electromyography (sEMG)” digunakan untuk menilai tahap aktiviti elektrik yang berhubung dengan tulang belakang beralih.

Dengan pengangguan di antara otak dan bahagian tubuh yang lain, tulang belakang beralih menjana aliran elektrik yang boleh menjejaskan kesihatan.

Bacaan yang abnormal akan direkodkan dan dipaparkan melalui komputer sEMG. Imbasan sEMG menunjukkan data kualitatif dan kuantitatif yang dapat membantu kiropraktik anda untuk mengenalpasti kawasan / tahap sistem saraf yang mengakibatkan tulang belakang beralih.

”sEMG (Surface Electromyography)” analisis tulang belakang dapat mengesan tulang belakang beralih pada peringkat awal.


Apakah itu ”Thermography”?

Perbezaan aliran darah menghasilkan perbezaan suhu yang ditunjukkan oleh bar berwarna. Semakin jauh bar yang ditunjukan maka semakin serius kecederaan pada tulang belakang.

Data sEMG dan “Thermography” dapat membantu doktor kiropraktik mengenalpasti cara penjagaan yang anda perlukan. Membuat rawatan susulan dapat membantu doktor kiropraktik memerhati dan menjalankan rawatan seterusnya.

15 Amaran Tulang Belakang yang Tidak Sihat.

  • Tapak kasut yang haus secara tidak serata - kemungkinan disebabkan oleh kepanjangan kaki yang berbeza atau tekanan di sepanjang tulang belakang.
  • Anda tidak dapat penarikan nafas yang memuaskan - penafasan, kesihatan, kesihatan tulang belakang dan tenaga ada saling berkaitan.
  • Rahang anda "klik" - kerap disebabkan oleh sendi leher yang sedang bergerak secara tidak betul..
  • Anda perlu ”krak” leher, belakang dan sendi-sendi yang lain - kerap disebabkan oleh kawasan tulang belakang yang dikunci atau kejang otot. Bunyi 'krak' hanya memberikan kelegaan sementara yang boleh menyebabkan degenerasi jangka panjang.
  • Anda tidak boleh memutar leher atau pinggul ke sisi dengan mudah, pengurangan pelbagai pergerakan sendi tulang belakang disebabkan fungsi yang tidak tepat.
  • Anda selalu berasa letih - Pengaliran tenaga yang tidak seimbang di tulang belakang.
  • Tahap konsantrasi yang rendah - peralihan tulang belakang mempengaruhi kesihatan otak.
  • Anda mudah menghidap penyakit - peralihan tulang mempengaruhi sistem neuro-endokrin badan kita, dimana ia memainkan peranan yang penting dalam sistem pertahanan badan kita.
  • Kaki anda menghala keluar bila berjalan - kemungkinan salah satu tanda menunjukkan tulang belakang yang bermasalah atau pinggul atau tekanan pada meningeal pada bahagian leher atau pada asas otak.
  • Sebelah kaki lebih pendek - ini mungkin disebabkan oleh putaran pelvis atau peralihan pada bahagian bawah tulang belakang.
  • Perawakan badan yang tidak bagus - posisi kepala condong, bongkok, kelurusan lumbar spina. Ini mungkin disebabkan oleh spina, pinggul dan kepala terpesong dari pusat.
  • Anda sakit kepala, sakit belakang, bengkak pada sendi - ini adalah tanda-tanda peralihan tulang.
  • Anda sentiasa merasa ketegangan terutamanya di bahagian otot dan sendi.
  • Anda akan merasa kejang di bahagian belakang dan leher - tanda ini mungkin disebabkan oleh kerosakan pada otot dan sendi.
  • Anda rasa tidak selesa secara keseluruhan - peralihan tulang boleh mempengaruhi kesihatan seluruh badan.
Boleh didapati di HSC Cheras Specialist Medical Center, perkhidmatan ulang-alik bebas diperuntukkan


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team