Siemens Mammomat 1000 Mammography

Ia merupakan produk Siemens dan salah satu daripada peralatan pengimejan yang terbaik yang digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada payudara seperti ketulan kecil dan kanser payudara.

Apakah Mamografi?

Mamogram menunjukkan dua hala
dada aksesori (Anak Panah)

Mammografi adalah satu cara pengimejan yang khusus yang menggunakan system x-ray berdos rendah untuk pemeriksaan payudara. Imej-imej payudara ini akan dapat diperlihatkan pada filem di kotak illuminator ataupun pada stesen kerja digital mammografi. Kebanyakan pakar perubatan bersetuju bahawa rawatan kanser payudara yang berjaya adalah kerana kanser itu dapat dikesan pada peringkat awal. Mammografi memainkan peranan penting untuk pengesanan kanser payudara kerana sebarang perubahan atau perbezaan pada payudara dapat dilihat sebelum pesakit atau doktor pakar dapat mengesannya. Garispanduan terbaru yang didapati daripada Department of Health and Human Services (HHS), U.S, American Cancer Society (ACS), American Medical Association (AMA) dan American College of Radiology (ACR) menyarankan agar setiap wanita yang berumur 40 tahun keatas perlu menjalani pemeriksaan mammogram.

National Cancer Institute menambah bahawa wanita yang mengidapi kanser payudara dan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini kerana keturunan perlu mendapatkan nasihat doktor pakar untuk menentukan samada mereka perlu memulakan pemeriksaan payudara ini sebelum berumur 40 tahun dan juga kekerapan ia perlu dilakukan.

Persediaan untuk pemeriksaan:

Peralatan Mammography
  • Sila memaklumkan jururadiografi jika anda adalah hamil atau disyaki hamil.
  • Jangan pakai atau menyapu deodorant, bedak atau losyen di bawah ketiak atau pada payudara anda pada hari pemeriksaan. Ini kerana bahan-bahan ini akan kelihatan seperti tanda kalsium pada filem x-ray.
  • Beritahu jika ada sebarang tanda-tanda kelainan atau masalah pada payudara kepada teknologis yang akan melakukan pemeriksaan ini untuk anda.
  • Sebelum pemeriksaan, tanggalkan barang kemas dan pakaian dari paras pinggang ke atas.
  • Membawa dulu punya mamogram filem untuk bandingan.
  • Memaklumkan jururadiografi jika anda pernah implan buah dada .