Siemens Magnetom Aera 1.5T

Pertama di dunia Tim 70 cm + Sistem Dot

Magnetic Resonance Imaging (MRI) adalah satu proses yang berpandukan imej untuk memaparkan struktur dalam badan. System terbaru Siemens Magnetic Resonance Imaging (MRI), Magnetom ® Aera (1.5 Tesla) direka untuk memudahkan pemeriksaan MR oleh jururadiograf dan untuk keselesaan pesakit.

Sistem ini dilengkapi dengan sistem Tim+Dot - dua teknologi baru yang dimajukan, berkuasa dan bijaksana, "Tim® (Total imaging matrix) and Dot (Day optimizing throughput)", untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti imej dalam suite MRI. Tim meningkatkan resolusi manakala Dot adalah sangat fleksibel, menjadikannya ia mudah diubah untuk menyesuai mengikut keadaan pesakit atau soalan klinikal.

Dalam kombinasi, teknologi ini membolehkan pengamal melakukan pemeriksaan lebih sehingga 30 peratus setiap hari. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan satu "Open Bore" 70 sentimeter dan magnet pendek yang membuat pemeriksaan lebih menyenangkan, terutamanya bagi pesakit "claustrophobic" dan kanak-kanak. Ia juga dapat menyesuaikan pelbagai saiz badan, bentuk dan keadaan.

Aera Magnetom juga dilengkapi dengan "MoodLight Illumination™" yang boleh ditetapkan mengikut keutamaan peribadi dengan senang. Panel cahaya LED yang unik menyediakan pengimbasan persekitaran yang lebih selesa.