Kemudahan > Siemens Flat Panel Detector Cathlab

Siemens Flat Panel Detector Cathlab

Pusat Perubatan HSC adalah makmal kateterisasi yang menggunakan 'Siemens Flat Detector' yang pertama di Asia Tenggara. Pengesan Panel rata membolehkan imej-imej arteries jantung dilihat dengan lebih jelas. Konvensional cath labs imej dalam makmal adalah amat mustahak untuk PTCA / stenting.

Ia digunakan untuk angiogram invasif, angioplasti belon & stenting

Pusat Perubatan HSC merupakan yang terunggul dan tercanggih dalam bidang kardiologi dan akan terus berkembang dalam rawatan 'non-surgical interventional' yang berkaitan dengan penyakit jantung seperti pemasangan belon, stent dan lain-lain. Dulu kesemua operasi ini dilakukan oleh pakar bedah dan pesakit perlu dirawat di wad untuk beberapa hari. Kini, di pusat perubatan HSC operasi ini dilakukan oleh pakar jantung di mana pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad. Pesakit hanya dirawat sebagai pesakit harian (daycare) sejurus itu kos rawatan dapat dikurangkan.

Operasi seperti 'angiografi koronari konvensional', 'angioplasti belon' dan pemasangan stent ini dilakukan oleh pakar jantung kami yang terkenal dan mahir. Di sini juga pesakit dirawat sebagai pesakit luar

Pada kebiasaanya, pesakit yang menjalani prosedur ptca / stenting akan mengambil masa satu hari sahaja pada hari berkenaan.

Pendaftaran pesakit di
kaunter kemasukan (8:30am)
Menyediakan pesakit
untuk prosedur (8:45am)
Operasi bermula (9:00am)
Pesakit mengambil sarapan
pagi selepas operasi (9:45am)
Pesakit makan
tengah hari dalam RR (1:00pm)
Pesakit sudah sembuh
dan bersedia untuk balik (2:00pm)
Pesakit membayar bil di
kaunter bil (2:30pm)


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team