Jantung mempunyai 3 koronari arteri yang utama dan setiap arteri mempunyai cabangnya yang tersendiri. Aterosklerosis menghasilkan diskret (terbatas) atau kawasan-kawasan yang bertaburan penahanan dalam tempoh satu arteri koronari. Apabila terdapat penyumbatan yang banyak, pengaliran darah akan berkurangan ke jantung dan ini akan mengakibatkan angina.
Angioplasti adalah teknik yang digunakan untuk mengembangkan kawasan arteri yang mempunyai penyumbatan dengan bantuan kateter yang mempunyai belon berbentuk sosej di hujungnya.
Katheter belon dimasukkan melalui arteri di bawah kulit di kawasan 'groin', adakala ini juga dilalukan di lengan tangan (percutaneous = melalui kulit ), diletak dalam saluran darah (transluminal – dalam ruang saluran darah) dan semuanya dilaksanakan semasa rawatan koronari arteri. Teknik ini juga dipanggil PTCA atau Percutaneous Transluminal Coronary Angioplasty.
Pusat Perubatan HSC mempunyai banyak bilangan pesakit yang menjalankan rawatan Koronari Angiogram dan PTCA/Stents (lebih kurang 500 kes setahun). Semua kes rawatan adalah dirawat secara pesakit luar dan pesakit boleh keluar dari hospital pada hari yang sama, melainkan kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan klinikal, pesakit perlu bermalam di hospital.
Sebelum menjalankan prosedur, pesakit perlu berpuasa selama 6 hingga 8 jam.



Pada kebiasaanya, pesakit yang menjalani prosedur ptca / stenting akan mengambil masa satu hari sahaja pada hari berkenaan. (Tekan sini untuk mendapat maklumat lanjut)


