Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan
Persediaan untuk Pemeriksaan Kesihatan
Apa yang perlu dibawa?
- Rekod perubatan terbaru, laporan makmal, filem x-ray (jika ada).
- Surat Perakuan daripada syarikat yang diperakui.
- Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran jika berumur di bawah 12 tahun (untuk warganegara Malaysia sahaja).
- Paspot (warga asing).
- Kasut & pakaian sukan .
- Anda digalakkan membawa bahan bacaan sendiri. Pusat kami ada menyediakan program ASTRO ( TV Satelit ) dan majalah.
Maklumat / Nasihat Am
- Anda dikehendaki berpuasa 8-10 jam sebelum temujanji pemeriksaan kesihatan.
- Semua jenis makanan atau minuman lain tidak dibenarkan semasa berpuasa kecuali air kosong.
- Keadaan tidak berpuasa boleh menggangu hasil keputusan ujian darah untuk glukosa, kolestrol dan trigliserida.
- Sila beritahu/nyatakan pada kakitangan kami semasa pendaftaran jika anda pernah mengalami sakit dada/tidak keselesaan/kesesakan atau anda pernah melakukan Belon Angioplasti, Stenting dan pembedahan bypass.
- Almari disediakan untuk anda menyimpan barang. Anda tidak digalakkan membawa barangan yang berharga dan mahal semasa pemeriksaan kesihatan.
- Disebabkan oleh setiap orang akan menjalani jenis ujian yang berbeza semasa pemeriksaan kesihatan/ujian diagnostik, jadi nama anda tidak akan dipanggil dalam susunan.
- Sila memberitahu jururawat kami jikalau anda ingin pergi mengambil sedikit makanan ringan selepas darah diambil. Hanya makanan ringan dibenarkan jikalau anda belum menjalani ujian pengisar injakan.
Nasihat untuk wanita
- Jikalau anda mengalami haid pada hari temujanji, sila beritahu doktor anda semasa pemeriksaan kesihatan. Anda tidak boleh menjalani ujian pap smear kerana kehadiran darah pada ujian ini boleh menyebabkan hasil keputusan yang tidak tepat.
- Sila beritahu kakitangan kami semasa pendaftaran sama ada anda sedang mengandung atau disyaki anda mungkin mengandung. Ini kerana X-ray, DSCT imbasan tulang dexa dan memogram tidak digalakkan untuk orang yang mengandung.
- Sila tanggalkan semua barang kemas dan baju dalam sebelum menjalani ujian imbasan.
Nasihat bagi Pesakit PTCA
- Pelawat asing dinasihatkan menginap di Kuala Lumpur untuk 4 hari 3 malam.
- Hari 1 - Tiba di Kuala Lumpur
- Hari 2 - Ujian Diagnostik
- Hari 3 - Belon Angioplasti & prosedur stenting
- Hari 4 - Pulang ke rumah
Pengisar Injakan
- Pengisar injakan atau Stress ECG akan mengambil masa antara 45 minit hingga 1 jam termasuk masa menunggu.
- Sila bawa pakaian dan kasut sukan anda. Pakaian T disediakan oleh kami jika anda terlupa.
- Elakkan dari mengambil makanan berat sebelum menjalani ujian Pengisar Injakan.
- Jika anda mengalami ketidakselesaan pada dada, sila maklumkan pada jururawat sebelum dia memulakan ujian pengisar injakan keatas anda.
DSCT
- Sila tanggalkan semua barang kemas, tali pinggang, jam dan lain-lain sebelum ujian imbasan.
- Sila matikan telefon bimbit anda semasa ujian imbasan.
- Tenangkan diri dan tahan nafas semasa ujian imbasan. Anda tidak akan merasa sakit dan ia dilakukan dengan sangat cepat (kurang daripada 25 saat). Sebarang pergerakan semasa ujian imbasan akan menyebabkan ujian ini terpaksa diulang.
- Jika anda seorang wanita, sila baca nasihat untuk wanita dengan teliti.
MRI
Sebelum Prosedur MRI, pastikan:- Tiada pacemaker jantung.
- Inplant logam sugical mesti> 6 bulan.
- Stent Koronari mesti> 2 bulan.
- Tiada inplant logam serebrum.
- Tiada inplant koklear.
- wanita mengandung trimester pertama dilarang membuat prosedur ini.
- Telefon bimbit, jam tangan, ID, ATM atau kad kredit dengan cip dan jalur magnetik.


