My button My button
Persediaan Kolonoskopi dan Kolonoskopi DSCT

Indikasi


Untuk pembersihan usus sebelum prosedur pemeriksaan.


Berhenti dan beritahu doktor jika mengalami


  • Pendarahan rektum/dubur .
  • Tidak ada penbuangan najis dalam jangkamasa 6 jam selepas pengambilan ubat (fleet)
  • Dehidrasi : kehilangan air dalam badan melebilhi pengambilan air minuman . Tanda-tanda awal dehidrasi :

    • Rasa dahaga.
    • Pening kepala .
    • Kencing yang kurang daripada kebiasaan.
    • Muntah-muntah .


Penyediaan Pembersihan usus


Sehari sebelum pemeriksaan


  • Sebelum 12 tengahari

    • Boleh mengambil sarapan pagi seperti biasa
  • Dari pukul 12:00 tengahari hingga 12:00 malam

    • Dibenarkan - minum air, jus, kopi, teh tanpa susu , air bergas atau tidak bergas , agar-agar kosong tanpa buah-buahan , kuah sup
      Tidak dibenarkan – sebarang makanan pejal, susu atau minuman hasil produk tenusu
  • Dari 12:00 tengah malam sehingga hari pemeriksaan (Pagi)

    • Tidak dibenarkan makan atau minum apa-apa


Dos Phospho -Soda (Fleet)


  • Dos Pertama


    • Diambil pada 12:00 tengahari sebelum hari pemeriksaan.
    • Campurkan 45ml Fleet ke dalam setengah gelas air kosong.
    • Diikuti dengan 3 gelas air kosong.
    • Pengambilan ubatan ini (Fleet) biasanya akan menunjukkan kesan tindakbalas dalam jangka masa 30 minit atau lebih dari itu sehingga 6 jam bergantung kepada tindakbalas individul terhadap ubatan tersebut.

  • Dos Kedua


    • Diambil pada pukul 4:00 petang hari sebelum pemeriksaan.
    • Ikut langkah-langkah seperti yang dinyatakan pada dos pertama .


Bagaimana mencari HSC MEDICAL CENTER
5-1, Menara HSC,
187 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : +603 - 2712 0866 / +603 - 2712 0903
Fax : +603 - 2712 0766 / +603 - 2712 0902
Emel : info@hsc.com.my

Copyright © 2006-2011 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team