Perkhimatan Perubatan
Di HSC, kami menggunakan inovasi terbaru dalam pemeriksaan medikal, penjagaan kardiak dan klinikal untuk pelanggan kami dari semua peringkat umur. Kami menyediakan pemeriksaan dan prosedur canggih untuk mendapat hasil laporan yang paling tepat yang akan membantu pelanggan dalam merancang rawatan yang paling baik, dari mengawal risiko penyakit kepada non-invasif dan invasif angiogram koronari, belon angioplasti, stent dan sebagainya.

HSC mempunyai reputasi sebagai salah satu pusat perubatan yang pertama di Asia Tenggara yang menyediakan penjagaan harian untuk mereka yang engalami masalah jantung. Pelanggan kami boleh menjalankan beberapa jenis ujian seperti imbasan kepala & leher, imbasan seluruh badan & imbasan kalsium koronari serta angiogram koronari non invasive (atau angiogram koronari invasive), ballon angioplasty, stent dalam satu hari dengan hasil laporan dari pakar radiologi & pakar kardiologi kami yang terlatih secara antarabangsa.
Demi pelanggan kami, HSC sentiasa memperbaiki perkhidmatan kami melalui para doktor yang terlatih & pegawai perubatan yang menggunakan peralatan perubatan yang canggih dalam sains kardiovaskular.
HSC masih lagi memperbaiki segala kemudahan dari segi kemanusiaan dan alat-alat teknologi bagi mencapai permintaan dalam perkhidmatannya.
