Pusat Pengetahuan > Bakteria H. pylori

Bakteria H. pylori

H. pylori biasanya dikaitkan dengan penyakit gastrik pada peringkat permulaan, dan juga dengan atrophic gastrik kronik yang akan menjurus ke pembentukan kanser perut. H. pylori akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapatkan kanser perut lebih 6 kali ganda. Di sesetengah negara, 60% pengidap kanser perut disebabkan oleh H.pylori.

Punca kanser perut

  • Kanser perut dikaitkan dengan bakteria H. pylori :
    Bakteria H.Pylori adalah ajen yang menyebabkan kanser. Ianya dikenalpasti sebagai punca bagi kebanyakan ulser duodenal dan juga lebih daripada 2/3 ulser perut dengan tanda-tanda seperti pedih di bahagian epigastrik perut, perasaan senak (indigestion) dan ketidakselesaan atau sakit di bahagian abdomen.
  • Kanser perut yang tidak dikaitkan dengan bakteria H. pylori – kesnya kurang biasa.

How Stomach Cancer develops

Gastrik yang aktif
Inflammasi yang kronik
Intestinal (usus) Metaplasia (Perubahan sel yang tidak normal)
Dysplasia dan karsinoma (Pembentukan sel kanser)

Tanda awal kanser perut

Kehilangan berat badan yang sukar dijelaskan dan keletihan yang luar biasa serta tanda-tanda berikut:-

  • Rasa senak dan pedih di bahagian epigastrik perut
  • Ketidakselesaan atau sakit di abdomen
  • Buncit perut selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Pendarahan (muntah berdarah atau najis berdarah)

Pengesanan awal bakteria H. pylori

  • Ujian Serologi – Tahap yang menentukan antibodi anti-H.pylori Ig G di dalam darah dimana ianya telah termasuk dalam pakej diagnostik HSC.
  • Ujian Endoskopi – untuk diagnosa kanser perut, juga terdapat di pusat perubatan HSC.


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team