Xray Umum
Prosedur X-ray
Xray ialah suatu cara untuk mengimbas tulang dan organ dalaman. Xray adalah prosedur yang paling biasa dilakukan untuk mengesan masalah tulang dan sendi atau untuk jantung dan paru-paru. Pemeriksaan x-ray akan memberi radiasi yang minimum kepada tubuh badan. Bagaimana pun, sekiranya anda diarahkan untuk melakukan pemeriksaan xray, doktor anda telah mengambil kira kepentingannya dan olos yang bakal anda terima.
Sebelum melakukan xray
Anda perlu menanggalkan jam tangan, barangan kemas ataupun pakaian yang mempunyai aksesori logam kerana ia menghalang penembusan xray pada bahagian yang akan di xray. Dalam keadaan tertentu, kamu mungkin perlu memakai gaun hospital. Pemeriksaan xray biasanya mengambil masa beberapa minit dan beberapa minit diperlukan untuk memproses gambar.
Beritahu xray anda
Untuk keselamatan anda, beritahu xray sekiranya:
- Anda mengandung atau disyaki mengandung. Anda mungkin tidak digalakkan membuat pemeriksaan xray.
- Anda pernah melakukan pemeriksaan xray pada bahagian yang sama. Film lama xray boleh dibandingkan dengan yang baru.
- Sekiranya anda mempunyai logam (implant) dalam bahagian yang ingin diperiksa.
Anda mungkin akan ditanya tentang tahap kesihatan secara keseluruhan dan sebarang ubatan yang anda ambil.
Pemeriksaan sinar X
Anda mungkin diminta untuk berdiri, duduk atau berbaring di atas meja di dalam bilik pemeriksaan. Ini bergantung pada bahagian yang akan diimbas. Anda akan diberi apron plumbum untuk melindungi organ yang sensitif daripada sinar radiasi (pada bahagian yang tidak diimbas). Juru xray akan meninggalkan anda di dalam bilik pemeriksaan sewaktu pengimbasan sinar X. Juru xray mungkin akan memberi arahan kepada anda.
Untuk pemeriksaan paru-paru dan bahagian perut anda akan diberi arahan pernafasan.
Setiap pemeriksaan mungkin memerlukan dua atau lebih imbasan sinar X.
Anda mungkin akan diminta mengubah kedudukan pada setiap imbasan.


