Kemudahan > GE Ultrasound / Philip Envisor Ultrasound

GE Ultrasound / Philip Envisor Ultrasound

Ultrasound ialah teknik pengimejan perubatan yang menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi dan bergema. Di dalam pemeriksaan ultrasound biasa, beribu-ribu degupan dan gema dihantar dan diterima pada setiap saat. Probe (alat yang digunakan dalam ultrasound) boleh digerak-gerakan di sepanjang permukaan badan yang rata ataupun dari sudut yang berbeza untuk melihat imej yang dikehendaki dari pelbagai arah. Ultrasound telah digunakan secara luas dalam bidang Obstetrik & Ginekologi, Kardiologi serta pengesanan kanser. Kelebihan utama penggunaan ultrasound ini ialah sesetengah struktur dalaman badan boleh dilihat tanpa menggunakan radiasi.

Kelebihannya

  • Selamat - Tiada radiasi dan tidak ada sebarang risiko merbahaya. Boleh memeriksa pesakit yang sama berulang kali seterusnya boleh mendapatkan tindakan susulan yang sesuai
  • Ia boleh menunjukkan perbezaan di antara jisim pepejal dan sista
  • Ia boleh mengesan jarak di antara ketumbuhan dan saluran darah utama
  • Ia boleh mengukur atau menyukat dimensi dan juga isipadu
  • Ia juga boleh menunjukkan berapa hampir kedudukan sesuatu jisim pepejal itu dari saluran darah utama
Breast Cyst
Liver Cyst
Multiple Left Kidney Cyst
Ovarian Cyst
Enlarged Prostate
Thyroid Nodule
Fatty Liver
Small Right Kidney Stone
Gall Bladder Polyp
Gall Bladder Stone
Uterine Fibroid


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team