Pusat Pengetahuan > Hati Berlemak

Hati Berlemak

straitstimes, Aug 20, 2009, dari Apirl Chong.
The National Cancer Society here will be holding public forums
in the heartlands, focusing on how fatty liver can lead to cancer.
--PHOTO: GLAXO WELLCOME

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para doktor di sini menyatakan kebimbangan kerana semakin ramai orang menghidapi penyakit metabolik seperti diabetis dan obesiti yang mungkin menjadi punca penyebab kanser hati.

Meningkatnya status gaya hidup juga menyebabkan bertambahnya jumlah pengidap hati berlemak(fatty liver) dan akan meningkatkan risiko kanser hati. Demikian kata Dr Chow WanCheng, Ketua Bahagian gastroenterologi dan hepatologi di Hospital Umum Singapura.

Hati Berlemak terjadi disebabkan berlakunya pengumpulan lemak di dalam sel sel hati dan ini boleh penyebabkan berlakunya inflamasi dan seterusnya menyebabkan parut pada sel sel hati.

Sekarang ini lebih kurang 80% kanser hati adalah disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis dan jumlah peratusan ini akan berkurangan memandangkan semakin ramai populasi telah mendapatkan vaksinasi untuk penyakit hepatitis.

Pengambilan alkohol yang berlebihan juga merupakan salah satu punca penyebab kerosakan pada hati dan juga kanser hati.

Sempena bulan kesedaran mengenai Kaanser September ini, Pusat Kanser Kebangsaan akan mengadakan forum untuk orang ramai yang memberi fokus bagaimana hati berlemak boleh menyebabkan kanser hati.

Kanser Hati merupakan kanser keempat tertinggi di dunia.



Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team