- Adakah pakej diagnostik HSC sesuai untuk saya?
- Perlukah saya merujuk kepada doktor peribadi saya sebelum menjalani pakej diagnostik?
- Apakah yang perlu saya lakukan semasa pemeriksaan?
- Bilakah laporan kesihatan dapat disediakan?
- Adakah maklumat peribadi saya disimpan dengan sulit?
- Apakah yang patut saya pakai pada hari pemeriksaan?
- Apakah yang patut saya sediakan untuk menjalani pemeriksaan pakej diagnostik?
- Bagaimana pembayaran boleh dilakukan?
- Bagaimana tempahan masa untuk pemeriksaan dibuat?
- Dimanakah lokasi HSC?
- Siapakah yang mendapat faedah melalui pakej diagnostik?
- Perlukah saya bimbang terhadap pendedahan imbasan?
- Dapatkah prosedur pemeriksaan mengesan segala penyakit merbahaya?
- Berapa lamakah harus saya ulangi pemeriksaan kesihatan?
- Apakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh HSC selain dari Pakej Diagnostik?
- Apakah perbezaan di antara HSC dengan pusat perubatan yang lain?
- Adakah HSC menyediakan pemeriksaan kesihatan tahunan untuk syarikat lain?
-
Adakah pakej diagnostik HSC sesuai untuk saya?
Rawatan / Pakej diagnostik di HSC adalah sesuai untuk semua orang. Risiko-risiko untuk penyakit berbahaya adalah seperti berikut :-
- Jikalau anda adalah seorang lelaki yang berumur 35 tahun & ke atas (Wanita yang berumur 40 tahun & ke atas).
- Mempunyai tabiat merokok.
- Terdedah kepada asap rokok.
- Penyakit keturunan seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya.
- Mempunyai masalah kolestrol dan tekanan darah tinggi.
- Menjalani kehidupan yang kurang aktif.
- Menghadapi tekanan dalam kehidupan.
- Obesiti.
- Masalah kencing manis .
- Pernah menghidap penyakit berbahaya.
- Pendedahan kepada penyakit berbahaya di tempat kerja.
-
Perlukah saya merujuk kepada docktor peribadi saya sebelum menjalani pakej diagnostik?
Tidak perlu. Anda boleh datang ke HSC di mana doktor kami boleh membantu anda dalam pemilihan jenis rawatan atau pakej yang sesuai berdasarkan kesihatan anda. Anda juga boleh menelefon kami di talian +60-3-27120866 atau emel kami di appointment@hsc.com.my
-
Apakah yang perlu saya lakukan semasa peperiksaan?
HSC ialah pusat perubatan di mana keselesaan, kecekapan & ketepatan dapat dicapai melalui penggunaan mesin MSCT Siemens 64-Potongan dan alatan yang lain. Berdasarkan tahap kesihatan anda, kami di HSC boleh menentukan jenis pakej diagnostik yang paling sesuai untuk anda.
-
Bila laporan kesihatan dapat disediakan?
HSC adalah pusat perubatan pertama di dunia di mana segala hasil & laporan kesihatan, termasuk laporan koronari angiogram (jika ada) dapat disediakan pada hari yang sama oleh para doktor & radiologi kita yang terlatih secara antarabangsa.
-
Adakah maklumat peribadi saya disimpan dengan sulit?
Ya. Segala maklumat akan disimpan secara sulit.
-
Apakah yang patut saya pakai pada hari pemeriksaan?
Anda dinasihatkan memakai pakaian yang selesa & bawalah kasut sukan anda untuk pengisar injakan. T-shirt akan disediakan oleh HSC.
-
Apakah yang patut saya sediakan untuk menjalani pemeriksaan pakej diagnostik?
Anda harus puasa sekurang-kurangnya 6 - 8 jam dan bersedialah untuk berada di HSC untuk satu hari. Untuk maklumat lanjut, sila layar laman Persediaan sebelum pemeriksaan perubatan dan Pemeriksaan Kesihatan / Pakej Diagnostik.
-
Bagaimana pembayaran boleh dilakukan?
Kami terima wang tunai, kad Visa & Master. Cek peribadi atau Cek syarikat tidak diterima.
-
Bagaimana tempahan masa untuk pemeriksaan dibuat?
Tempahan masa untuk pemeriksaan harus dibuat 3 hari terlebih dahulu. Sila hubungi kami di talian +60-3-27120866 atau emel kami appointment@hsc.com.my
-
Dimanakah lokasi HSC?
Lokasi kami adalah di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ia hanya mengambil masa 5 minit dari Ampang Park, Citibank dan Hotel Nikko. Klik di sini untuk melihat peta lokasi kami.
-
Siapakah yang mendapat faedah melalui pakej diagnostik?
Jika anda adalah lelaki yang berusia 35 tahun dan ke atas (kaum wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas) dan mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung, strok, kanser & lain-lain, merokok atau terdedah kepada asap rokok, mempunyai masalah paru-paru dan keturunan seperti penyakit jantung, strok, kanser dan sebagainya.
-
Perlukah saya bimbang terhadap pendedahan imbasan?
Ada setengah mesin di HSC tidak menggunakan imbasan seperti mesin kadiak echo. Mesin MSCT Siemens yang berasal dari Jerman hanya akan mendedahkan imbasan sebanyak 1 mSv kepada pelanggan. Agensi antarabangsa yang menentukan tahap keselamatan di Amerika Syarikat dan antarabangsa menyatakan bahawa dalam masa 1 tahun, individual boleh didedahkan repada imbasan tambahan sebanyak 5 mSv, di mana imbasan normal latar belakang adalah di antara 0.5 - 1.5 mSv setiap tahun. Segala potensi negatif terhadap pendedahan imbasan haruslah diseimbangkan dengan manfaat yang diterima melalui pendedahan imbasan.
-
Dapatkah prosedur pemeriksaan mengesan segala penyakit merbahaya?
Pakej diagnostik keseluruhan HSC boleh mengesan hampir semua penyakit berbahaya (contohnya: penyakit jantung), tetapi bukanlah segala penyakit boleh dikesan. Tubuh manusia amat kompleks dan jika hanya menggunakan satu ujian, ia tidak dapat mengesan semua penyakit merbahaya.
-
Berapa lamakah harus saya ulangi pemeriksaan kesihatan?
Ia berdasarkan tahap kesihatan seseorang dan juga risiko-risiko yang dihadapi oleh individual. Selepas pemeriksaan kesihatan yang pertama di HSC, para doktor kami akan menasihatkan tempoh masa untuk mengulangi pemeriksaan badan.
-
Apakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh HSC selain dari Pakej Diagnostik?
Selain daripada pakej diagnostik, HSC juga ada menyediakan rawatan untuk mereka yang ada masalah jantung. Kami di sini ada rawatan, Belon Angioplasti, alat untuk menebus saluran darah yang telah sumbat dan sebagainya.
-
Apakah perbezaan di antara HSC dengan pusat perubatan lain?
HSC menyediakan rawatan yang lengkap dengan adanya mesin yang canggih; HSC adalah pusat perubatan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai mesin MSCT Siemens 64-Potongan & merupakan pusat perubatan pertama di Malaysia yang menyediakan rawatan non-invasif DSCT angiogram. Ia juga adalah Pusat perubatan pertama yang menggunakan komputer secara menyeluruh; Pusat perubatan pertama di benua ini yang menyediakan bacaan risiko global. Selain dari itu, Pusat Perubatan ini adalah yang pertama di dunia di mana segala laporan kesihatan termasuk hasil MSCT koronari Angiogram dapat disediakan pada hari yang sama; perkhidmatan yang bertaraf dunia dimana anda tidak akan berasa berada di hospital.
-
Adakah HSC menyediakan pemeriksaan tahunan untuk syarikat lain?
Banyak syarikat dan organisasi di Malaysia telah mengamanahkan HSC sebagai pusat perubatan untuk pekerjanya mendapatkan pemeriksaan tahunan. Di antaranya adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Syarikat Hong Leong, Citibank, Hewlett-Packard (HP), Nuskin, Allianz, ING, Genting & Resort Bhd dan sebagainya.


