Pusat Endoskopi
Perlukah saya menjalani Gastroskopi/Kolonoskopi?
Pusat Perubatan HSC menawarkan perkhidmatan Endoskopi (Gastroskopi dan Kolonoskopi) bagi mengenalpasti sebarang kejanggalan pada system penghadaman. Prosedur ini ialah satu kaedah yang mudah, cepat lagi selamat.
Endoskop merupakan satu tiub yang kecil, fleksibel dan mempunyai lampu dan kanta pada penghujungnya, membolehkannya melihat bahagian dalam esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Di samping itu, tisu yang diambil boleh diperiksa untuk kanser.
Gastroskopi
Ini merupakan pemeriksaan bahagian dalam esofagus, perut dan usus kecil. Endoskop dimasukkan melalui mulut dan kemudiannya ke esofagus, perut dan usus kecil. Pakar perubatan boleh melihat ke dalam serta mengambil cebisan tisu untuk ujian biopsi jikalau perlu. Sebarang kejanggalan dapat dikesan dengan kaedah ini termasuk inflamasi dan pendarahan (tidak dapat dilihat dengan kaedah lain seperti Xray).
Indikasi

- Sakit epigastrik atau rasa tak selesa di bahagian atas abdomen.
- Pedih Ulu Hati atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
- Helicobacter pylori dikesan semasa pengujian darah.
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser gastrik.
- Susutan berat badan pada kebelakangan ini.
- Mengesyorkan bangsa Jepun yang berumur 40 keatas membuat gastroskopi setiap tahun.
- Memeriksa penyembuhan atau progress polips, tumbuhan atau ulser yang dikesan pada prosedur yang lepas.
Penyediaan gastroskopi:

Berpuasa (jangan makan atau minum) sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur. Ubat bius diguna supaya anda dapat relaks dan ubat spray diguna untuk kebaskan tekak anda. Prosedur ini akan mengambil masa beberapa minit saja. Bila anda telah menyedar diri sepenuhnya dari prosedur ini, doktor akan menerangkan hasil laporan anda.
Jika biopsi diambil semasa prosedur, laporan biopsi akan disediakan dalam jangka masa 2 minggu. Laporan biopsi dan penerangan doktor akan dihantar kepada anda dengan pos berdaftar.
Kolonoskopi
Kolonoskopi membolehkan pakar perubatan melihat seluruh bahagian usus besar apabila kolonoskop dimasukkan melalui rektum. Indikasi untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi adalah seperti berikut :-
- Pendarahan dari rektum (darah bercampur dengan najis).
- Masalah sistem penghadaman seperti ceret-beret, sembelit dan sakit perut
- Sejarah keluarga yang menghidap kanser usus besar atau sebagai 'screening' untuk pesakit berumur > 50 tahun.
- Untuk mengenalpasti sebab-sebab ceret beret yang berlanjutan.
- Untuk mengenalpasti penyakit Crohn's, Colitis atau Ulcerative Colitis.
- Seseorang yang pernah menghidap penyakit polip usus besar.
Persediaan Kolonoskopi dan Kolonoskopi 64-Potongan MSCT
Indikasi
Untuk pembersihan usus sebelum prosedur pemeriksaan.
Berhenti dan beritahu doktor jika mengalami
- Pendarahan rektum/dubur .
- Tidak ada penbuangan najis dalam jangkamasa 6 jam selepas pengambilan ubat (fleet)
-
Dehidrasi : kehilangan air dalam badan melebilhi pengambilan air minuman . Tanda-tanda awal dehidrasi :
- Rasa dahaga.
- Pening kepala .
- Kencing yang kurang daripada kebiasaan.
- Muntah-muntah .
Penyediaan Pembersihan usus
Sehari sebelum pemeriksaan
-
Sebelum 12 tengahari
- Boleh mengambil sarapan pagi seperti biasa
-
Dari pukul 12:00 tengahari hingga 12:00 malam
-
Dibenarkan - minum air, jus, kopi, teh tanpa susu , air bergas atau tidak bergas , agar-agar kosong tanpa buah-buahan , kuah sup
Tidak dibenarkan – sebarang makanan pejal, susu atau minuman hasil produk tenusu
-
Dibenarkan - minum air, jus, kopi, teh tanpa susu , air bergas atau tidak bergas , agar-agar kosong tanpa buah-buahan , kuah sup
-
Dari 12:00 tengah malam sehingga hari pemeriksaan (Pagi)
- Tidak dibenarkan makan atau minum apa-apa
Dos Phospho -Soda (Fleet)
-
Dos Pertama
- Diambil pada 12:00 tengahari sebelum hari pemeriksaan.
- Campurkan 45ml Fleet ke dalam setengah gelas air kosong.
- Diikuti dengan 3 gelas air kosong.
- Pengambilan ubatan ini (Fleet) biasanya akan menunjukkan kesan tindakbalas dalam jangka masa 30 minit atau lebih dari itu sehingga 6 jam bergantung kepada tindakbalas individul terhadap ubatan tersebut.
-
Dos Kedua
- Diambil pada pukul 4:00 petang hari sebelum pemeriksaan.
- Ikut langkah-langkah seperti yang dinyatakan pada dos pertama .
