Kemudahan > ECG, Stress Test

ECG, Stress Test

Elektrokardiogram stress test adalah alat untuk memerhatikan denyutan jantung semasa rehat dan semasa senaman, biasanya semasa seseorang berjalan di atas treadmill. Doktor akan memerhati seseorang dengan menilai tahap senaman dan merakam denyutan jantung seseorang itu apabila denyutan jantung berdenyut berhampiran tahap maxima. Denyutan jantung juga akan diperhatikan semasa jangka masa pemulihan selepas senaman. Perubahan dalam rakaman denyutan jantung yang dicatat sebelum, semasa dan selepas ujian Stress Test yang menunjukkan perubahan aktiviti elektrik jantung dapat menolong doktor:

  • Menentukan kecergasan fizikal;
  • Mengenalpasti lokasi tertentu di jantung yang mendapat kekurangan aliran darah dan bekalan oksigen;
  • Mempamirkan rentak jantung yang luarbiasa;
  • Merumuskan tahap kesihatan seseorang pesakit selepas serangan sakit jantung;
  • Menentukan keberkesanan terapi perubatan dan perbedahan;
  • Menentukan program senaman sesuai bagi seseorang pesakit jantung.


Copyright © 2006-2010 HSC Medical Centre. All rights reserved.
Web Conceptualized and Designed by HSC IT Team