Kiropraktik dan Perubatan Fizikal di HSC

Pakar Kiropraktik dapat menasihat sedikit-sebanyak tentang cara penjagaan mobiliti dan perawakan tubuh yang baik atau membaiki prestasi bersukan. Kesakitan yang dialami di belakang badan, slipped disc, sakit leher atau sakit kepala dan kecederaan lama akibat kesukanan juga mendorong seseorang itu menjumpai Pakar Kiropraktik untuk mendapatkan penjagaan kiropraktik. Meskipun kebaikan dari rawatan kiropraktik sering dapat dirasai serta-merta, ia adalah proses asli badan kita dalam pengawalan dan pemulihan sendiri. Tubuh badan kita memerlukan masa untuk menyimbangkan dirinya bagi mendapat keputusan yang baik. “Sebagai seorang Pakar Kiropraktik, adalah penting untuk saya berkomunikasi dengan pelanggan saya tentang kiropraktik agar mereka faham dan yakin dengan proses perawatan ini.” Jelas dari Dr. Leigh Murrant.
Pakar Kiropraktik dikenali di seluruh dunia sebagai pakar kesihatan tulang dan kecederaan bersukan. Doktor kita mempunyai kemahiran dalam teknik kiropraktik seperti:- “Diversified, Gonstead, Thompson Drop Piece, Toggle Recoil, Biomechanical Blocking, Flexion/Distraction, Soft Tissue and Trigger Point Therapy.

Teknik-teknik ini amat berkesan dalam perawatan yang masalah-masalah lazim seperti berikut:
- Sakit leher dan bahu.
- Sakit kepala, migrain dan kecederaan ”whiplash”.
- Sakit tulang belakang, slip disc, sciatica.
- Perawakan yang tidak betul – bongkok dan ”round shoulders”, scoliosis – tulang membengkok.
- Kecederaan akibat sukan – kecederaan otot / radang pada tendon seperti Achilles fendinitis.
- Sakit sendi – pinggul, kaki, lutut, bahu, siku, pergelangan tangan seperti kaki terseliuh.
- “Flat foot, heel spur, trigger finger.”
- “Frozen shoulders, tennis & golfer’s elbow.”
- Kebas, arthritis, rheumatism, bonespur.
- Pengurusan tekanan.
Pakar Kiropraktik menggunakan cara memperbetulkan tulang untuk merawat pesakit mereka. Pakar Kiropraktik memerlukan kemahiran yang tinggi, lembut dan mengawal penolakan atau penekanan pada tulang untuk menambahkan fungsi saraf dan pergerakan sendi. Tambahan juga kita menggunakan rawatan soft tissue, rawatan dari jurupulih perubatan anggota, senaman, nutrisi dan nasihat ergonomic dalam penjagaan pesakit.
Rawatan Kiropraktik merangkumi 3 tahap yang berbeza iaitu:
Tahap penjagaan intensif: Penjagaan semasa keadaan akut.
Dalam tahap ini, para kiropraktor akan cuba untuk menstabilkan keadaan pesakit melalui rawatan manipulasi tangan yang dikenali sebagai 'adjustment'. Rawatan ini akan dilakukan kerap kali agar dapat mengurangkan kesakitan pesakit dengan secepat yang mungkin. Apabila keadaan tulang belakang pesakit mula beransur pulih, kadar peradangan yang berlaku pada saraf urat juga akan berkurang justeru membolehkan proses penyembuhan bermula. Pesakit akan mula merasa kurang sakit dan lebih banyak pergerakan yang boleh dilakukan.
Tahap Pemulihan: Menstabilkan keadaan pesakit.
tahap ini bertujuan untuk mengembalikan fungsi tulang belakang yang normal kepada pesakit. Senaman-senaman khas untuk menguatkan otot-otot tulang belakang akan diajar kepada pesakit agar dapat diteruskan di rumah sendiri. selain itu, nasihat-nasihat dari segi nutrisi pemakanan serta penjagaan tulang belakang juga akan diberi kepada pesakit.
Tahap Pengekalan: Langkah pencegahan / penjagaan kesejahteraan pesakit.
Tahap pengekalan ini membantu pesakit untuk mengelakkan masalah tulang belakang yang sama kembali lagi. Pesakit disarankan untuk mematuhi langkah langkah pencegahan seperti yang diberi oleh para kiropraktor atau jurupulih pembatan anggota dan dinasihatkan untuk meneruskan senaman yang telah diajar. Ini membolehkan pesakit mencapai fungsi sistem saraf yang lebih optimum dalam mengawal serta mengkoordinasi pergerakan badan. Faedah utama dalam tahap ini adalah mempunyai kesihatan yang lebih terjamin, lanyas mengurangkan kerisauan pesakit terhadap kesihatan diri sendiri serta berasa lebih bertenaga dan cergas.
