Pencegahan Kanser
Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada kesemua kanser boleh dielakkan.
Pencegahan menawarkan kos yang paling efektif dalam strategi jangka panjang untuk kawalan kanser.
(Diadaptasi daripada program kawalan kanser WHO)
Apakah penyebab utama kanser?
- Tembakau.
- Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Pengambilan alkohol yang berlebihan .
- Obesiti.
- Pendedahan yang berlebihan pada matahari.
Risiko kanser boleh dikurangkan 60-70% oleh:-
- Pilihan makanan yang betul.
- Berat badan yang sihat.
- Senaman.
- Tidak merokok.
Penyebab kancer yang kurang umum:-
- Genetik.
- Pencemaran.
- Radiasi.
- Pekerjaan yang bahaya.
- Tembakau: Tembakau adalah satu-satunya punca kanser yang terbesar di dunia hari ini. Ia adalah penyebab 80-90% kematian kanser paru-paru dan kira-kira 30% dari kesemua kematian kanser di Negara membangun, termasuk kematian daripada kanser rongga mulut, larinks, esofagus dan perut.
- Diet, senaman dan kesihatan: Pengubahsuaian pemakanan adalah faktor utama dalam pengawalan kanser. Terdapat kaitan di antara kelebihan berat badan dan obesitas dengan banyak jenis kanser contohnya esofagus, kolorektum, payudara, endometrium dan buah pinggang. Diet yang tinggi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kesan perlindungan terhadap banyak jenis kanser. Sebaliknya pengambilan daging merah dan daging yang diawet yang berlebihan berkaitan dengan peningkatan risiko kanser kolorektal. Selain itu, pemakanan yang sihat boleh mengelakkan kanser, ia juga boleh merendahkan risiko penyakit kardiovaskular. Senaman yang berterusan dan berat badan yang sihat, bersama dengan pemakanan yang sihat boleh menurunkan risiko kanser.
- Penyakit berjangkit: Jangkitan penyakit menyebabkan 22% kematian kanser di negara membangun dan 6% di negara maju. Virus hepatitis B dan C menyebabkan kanser hati; jangkitan virus papiloma manusia menyebabkan kanser serviks, bakteria Helicobacter pilori meningkatkan risiko kanser perut. Langkah-langkah untuk mengelakkan kanser termasuk vaksin dan pencegahan jangkitan dan kutu.
- Sinaran mengion : Pendedahan kepada sinaran mengion didapati boleh menyebabkan kanser tertentu. Sinaran solar ultraviolet yang berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Elakkan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, penggunaan sunscreen dan pakaian yang sesuai adalah langkah pencegahan yang baik.
- Pekerjaan yang bahaya: Asbestos boleh menyebabkan kanser paru-paru; anilina pewarna dikaitan dengan kanser pundi kencing, dan benzene boleh menyebabkan leukemia. Pengawalan pekerjaan dan pendedahan persekitaran kepada badan kimia merupakan salah satu elemen penting dalam pencegahan kanser.
Cara-cara Pencegahan Kanser yang spesifik
Kanser Servikal - Kanser Servikal adalah disebabkan oleh beberapa jenis virus yang dipanggil human papillomaviruses (HPV). Virus ini dijangkiti melalui hubungan seks. Kebanyakan tubuh wanita boleh melawan jangkit HPV. Tetapi kadang-kadang virus boleh menyebabkan kanser. Terdapat vaksin yang boleh melindungi kanak-kanak perempuan dan wanita muda daripada 4 jenis HPV yang selalunya menyebabkan kanser servikal. GARDASIL adalah vaksin untuk mengelakkan kanser servikal. Ia boleh menolong melindungi daripada 4 jenis HPV: 2 jenis yang menyebabkan 70% kanser servikal dan 2 jenis lagi menyebabkan 90% genital warts. Gardasil adalah untuk kanak-kanak perempuan dan wanita muda diantara umur 9 ke 26 tahun.
Kanser Hati Primer :-- Hepatitis B - virus boleh menyebabkan kanser hati. Vaksin hepatitis B adalah vaksin pertama yang boleh mengelakkan kanser hati yang disebabkan oleh HPV.
- Hati Berlemak
Kanser perut - Jangkitan dengan bakteria H.pylori adalah risiko utama untuk kanser perut. Pemberantasan H.pylori boleh merendahkan risiko kanser perut.
