Profil
Pusat Penjagaan Kesihatan Terkemuka, Pusat Perubatan HSC.
Perintis Dalam Perkhidmatan Kesihatan, Jantung dan Diagnosis.
Pusat Perubatan HSC telah ditubuhkan pada 18.02.2003 dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
Penubuhan HSC Medical Center adalah untuk menyahut saranan bekas Pendana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bahawa “ HSC perlu menekankan tentang penjagaan kesihatan yang memfokuskan kepada pengesahan dan rawatan awal terhadap penyakit jantung, strok dan kanser dengan penggunaan teknologi terkini yang dapat memberikan keputusan yang tepat . " - Kini HSC, masih meneruskan matlamat tersebut.
Pusat Rawatan HSC merupakan salah satu pusat rawatan jantung dan diagnostik yang terkemuka di dunia kerana dilengkapi dengan staf yang terlatih perubatan sepenuhnya menggunakan sistem komputer dan alat diagnostik serta teraputik yang tercanggih. Iniah yang membuatkan HSC menjadi tempat yang unik dan mendapat sambutan.

HSC menyediakan perubatan dan perkhidmatan yang maju dan berdaya saing antaranya non-invasive coronary angiogram, conventional angiogram, balloon angioplasty, stent implantation secara pesakit luar.
Pusat Perubatan HSC juga merupakan antara pusat perubatan di dunia yang menyediakan pakej yang lengkap mengenai rawatan jantung, strok dan kanser. Beribu-ribu pesakit dan pelawat di seluruh dunia telah mendapatkan pengalaman dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di HSC.
Penekanan utama penjagaan kesihatan di HSC adalah untuk memberikan perubatan yang berkualiti kepada pelanggan. Untuk mencapai kualiti yang memuaskan itu, pihak HSC sering mempertingkatkan kemahiran staf dengan menyediakan latihan intensif, memperkenalkan perubatan-perubatan terbaru menggunakan peralatan-peralatan yang canggih, pembaharuan matlumat, teknologi komunikasi dan kemudahan yang disediakan sentiasa diperkukuhkan.
![]() |
StafSatu keunikan yang ada di Pusat Perubatan HSC adalah stafnya terdiri daripada doktor-doktor yang berpengalaman dalam perubatan, pakar dalam menggunakan mesin perubatan jururawat yang terlatih dan pegawai khidmat pelanggan yang mudah mesra dan berbudi bahasa. |
![]() |
Teknologi Komunikasi & MaklumatHSC merupakan satu usat perubatan swasta (HSC Healthcare) pertama di Malaysia yang dianugerahkan MSC Status (Multimedia Super Corridor). HSC mempunyai kumpulan Teknologi Komunikasi & Maklumat yang mantap. Sekarang pusat perubatan HSC sepenuhnya menggunakan rangkaian komputer dan rangkaian tele perubatan yang canggih. |
![]() |
KelengkapanHSC menggunakan teknologi yang terbaik dan peralatan yang tercanggih. Kami telah menempatkan Siemens 64 Slice MSCT dan Siemens Flat Detetor Cathlab yang pertama di Asia Tenggara. |
![]() |
FalsafahKami berusaha untuk menjadi pusat pemeriksaan perubatan yang berkualiti di dunia. Di HSC kami berjanji akan menyediakan pemeriksaan kesihatan seperti yang diperlukan oleh pesakit dan akan memberikan penyelesaian kepada masalah pesakit. |





