| |
Pusat Endoskopi |
| |
|
| |
Pusat Perubatan HSC menawarkan perkhidmatan Kolonoskopi dan Endoskopi bagi mengenalpasti sebarang kejanggalan. Dengan proses ini kami boleh mengambil cebisan tisu dari sistem penghadaman. Ianya merupakan satu kaedah yang mudah, cepat lagi selamat. |
| |
|
| |
Endoskop merupakan satu tiub yang kecil, fleksibel dan mempunyai lampu dan kanta pada penghujungnya, membolehkannya melihat bahagian dalam esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Di samping itu, tisu yang diambil boleh diperiksa untuk kanser. |
| |
|
| |
Kolonoskopi |
| |
Kolonoskopi membolehkan pakar perubatan melihat seluruh bahagian usus besar apabila kolonoskop dimasukkan melalui rektum.
Indikasi untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi adalah seperti berikut :-
|
| |
|
| |
- Pendarahan dari rektum (darah bercampur dengan najis)
|
| |
- Masalah sistem penghadaman seperti ceret-beret, sembelit dan sakit perut
|
| |
- Sejarah keluarga yang menghidap kanser usus besar atau sebagai 'screening' untuk pesakit berumur
> 50 tahun
|
| |
- Untuk mengenalpasti sebab-sebab ceret beret yang berlanjutan
|
| |
- Untuk mengenalpasti penyakit Crohn's, Colitis atau Ulcerative Colitis
|
| |
- Seseorang yang pernah menghidap penyakit polip usus besar
|
| |
Gastroskopi |
| |
Ini merupakan pemeriksaan bahagian dalam esofagus, perut dan usus kecil. Endoskop dimasukkan melalui mulut dan kemudiannya ke esofagus, perut dan usus kecil. Pakar perubatan boleh melihat ke dalam serta mengambil cebisan tisu untuk ujian biopsi jikalau perlu. Sebarang kejanggalan dapat dikesan dengan kaedah ini termasuk inflamasi dan pendarahan (tidak dapat dilihat dengan kaedah lain seperti Xray).
Indikasi untuk pemeriksaan Gastroskopi adalah seperti berikut:- |
| |
|
| |
|
| |
- Sakit gastrik disebabkan oleh ubat-ubat tahan sakit (Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs-NSAIDs)
|
| |
- Pemeriksaan untuk mengenalpasti penyakit kanser perut bagi pesakit yang berisiko tinggi
|
| |
- Ujian darah H. pylori yang positif
|
| |
|