![]() |
|
||||||||||
|
MSCT virtual kolonoskopi 64-Kepingan ialah satu ujian yang canggih yang menggabung MSCT, sebuah komputer pemprosesan imej yang canggih, dengan kemahiran pakar radiologi untuk menghasilkan imej dan menilai permukaan dalam kolon. Alat pengimbas MSCT memberi imej x-ray, komputer pemprosesan imej akan membentuk paparan 3-D untuk penafsiran akhir. Objek ujian adalah untuk mencari polip yang sangat kecil di mana apabila ia dibuang, ia tidak akan menyebabkan kanser, ia adalah sangat penting untuk memastikan kolon tidak mempunyai apa-apa residu dan bahan najis yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam keputusan hasil ujian. Pencucian ini boleh dicapai dengan melalui proses ‘persediaan pada hari sebelum kolonoskopi'. Pada hari ujian tersebut, anda akan berbaring pada pelantar MSCT. Satu tiub merah yang nipis (lebih kurang diameter termometer rektal) akan diletakkan pada rektum anda di mana udara dimasukkan ke dalam kolon. Udara akan mengembangkan usus supaya polip dapat dilihat dengan lebih jelas dari permukaan yang normal. Anda dikehendaki menahan nafas semasa imbasan itu dilakukan. Prosedur ini dilakukan 2 kali. Pertama semasa dalam posisi terlentang dan kedua semasa dalam posisi meniarap. Keseluruhan prosedur mengambil masa kira-kira 10 minit. Setelah melalui ini, anda boleh kembali bekerja, bermain golf atau apa saja yang anda ingin lakukan. Disebabkan kolon telah dikembungkan dengan udara, pesakit mungkin akan merasai sedikit ketidakselesaan. Maklumat daripada pengimbas MSCT akan dihantar melalui jaringan kepada komputer pemprosesan imej 3-D di mana pakar radiologi akan menilai imej tersebut untuk mengesan kehadiran polip. Hasil keputusan dan imej akan diberi kepada doktor berkenaan dalam masa 24 jam di mana beliau akan berbincang dengan pesakit mengenainya.
Pengetahuan tambahan mengenai Virtual Kolonoskopi : Penyediaan untuk menjalani Virtual Kolonoskopi
|
||||||||||
|
||||||||||
|
||||||||||||||
| Maklumat ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan dihasratkan sebagai nasihat perubatan. Sila dapatkan nasihat dari pakar perubatan tentang penyakit anda ataupun berhubung terus dengan Pusat Perubatan HSC. |
||||||||||||||
| Laman Utama | Profil| Perkhidmatan Perubatan | Pakej Diagnosa | Kemudahan | | Untuk Doktor | Carta Pencegahan Penyakit | Lokasi | Temujanji | Hubungi Kami | |
||||||||||||||
2002-2005 Copyright© HSC Medical Center™, All rights reserved. |
||||||||||||||