Perintis Dalam MSCT Angiogram Koronari & Merupakan Satu Hentian Untuk Pemeriksaan Jantung Serta Kesihatan Yang Komprehensif

 
     
   
     
 

 Pencapaian HSC dalam Menerokai Diagnostik & Rawatan Perubatan/Jantung

 
     
 
  • 2002 - Peneroka rawatan EECP di Malaysia untuk pesakit jantung yang tidak sesuai membuat pembedahan.
  • Jan 2003 - Pakej diagnostik kesihatan premier- dikenali sebagai pemeriksaan yang paling menyeluruh di benua Asia.
  • Jan 2003 - Dapat memeriksa hs-CRP (C-Reactive Protein) dan kolestrol non-HDL dalam lipid profil.
  • Jan 2003 - Mempunyai mesin MSCT 16-Slice yang pertama di Asia Tenggara.
  • Jun 2003 - Menerokai Perubatan Intergratif dengan menyatukan TCM (Traditional Chinese Medicine/Perubatan Cina Traditional), akupuntur dengan perubatan moden barat.
  • Feb 04 - Mempunyai mesin Siemens Flat Detektor Cathlab yang pertama di Asia Tenggara untuk mendapatkan imej yang berkualiti semasa prosedur angioplasti belon/stenting.
  • Nov 04 - Memulakan prosedur endoskopi seperti gastroskopi, colonoskopi& brochuskopi.
  • Nov 04 - Pusat perubatan yang pertama di Asia Tenggara yang menaikan taraf ke mesin MSCT Siemens '64 -Slice'.
  • Peneroka dalam penggunaan MSCT Koronari Angiogram & Pemeriksaan Kesihatan Keseluruhan dengan Pusat Perubatan Jantung.
 
 

 Skan Dengan Tepat di HSC

 
 
 
 
 
  • HSC dikenali sebagai pusat perubatan yang mengeluarkan imej yang tepat dan berkualiti . Pusat perubatan lain yang telah membeli peralatan berjenama lain mahupun yang sama masih tidak mampu mengeluarkan imej yang setaraf.
  • Syarikat Penerbangan di seluruh dunia menggunakan pesawat Boeing & Airbus, tetapi memilih berdasarkan perkhidmatan yang bagus dan boleh dipercayai. Sesiapapun boleh membeli kereta Ferrari tetapi Michael Shumacher diperlukan untuk memandu dan memenangi peraduan. Begitu juga di bidang ini, peralatan yang canggih memerlukan pakar perubatan dan pakar teknologi untuk menghasilkan imej yang bagus dan diagnosa yang tepat.
  • Pusat perubatan yang lain tidak mampu menghasilkan imej setaraf dengan HSC.Sudikah anda menggadaikan kesihatan dan wang anda dengan mengunjungi pusat perubatan lain? HSC adalah pusat perubatan pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi komputer bertomografi '16-Slice', dan sudah pun menghasilkan 3,500 imej angiografi koronari komputer bertomografi dalam masa 20 bulan ini. HSC juga merupakan pusat perubatan yang pertama untuk naik taraf ke mesin komputer bertomografi '64-Slice'. Pusat perubatan lain mampu membeli peralatan yang sama tetapi tidak mempunyai pengalaman serta kepakaran kami.
 
 

 Jumlah Angiografi Koronari Komputer Bertomografi Yang Terbesar Di Dunia

 
     
 
  • Semenjak dibuka, HSC telah pun melakukan 10,000 angiografi koronari komputer bertomografi. Anda boleh yakin dengan hasil pemeriksaan kesihatan anda .
 
 
 Pengalaman Terunggul Dari Segi Membandingkan MSCT Koronari Angiogram Dengan koronari  angiogram  Invasif
 
     
 
  • HSC memiliki bukan sahaja komputer bertomografi 'multi slice', malah juga peralatan 'flat-panel' untuk katerisasi. Ini membolehkan kami membuat perbandingan antara kedua-dua kaedah ini. Setakat ini, HSC telah pun melakukan perbandingan diantara kedua-dua kaedah ini dalam sebanyak 2,000 kes (siri perbandingan yang terbesar di dunia),meningkatkan pengetahuan kami mengenai kedua-dua kaedah ini dan membolehkan kami memilih kaedah yang paling sesuai untuk setiap pesakit. Misalnya, pesakit yang ada tahap pengapuran yang tinggi di dalam pembuluh darah jantung, mereka memerlukan kaedah angiografi koronari invasif di HSC kami mampu melakukannya.

 
 

 Perlatihan Khusus Untuk Pakar Perubatan      

 
 
 
  • Siemens Medical telah memilih HSC sebagai pusat perlatihan untuk pakar perubatan dan radiographer yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka mengenai komputer bertomografi 'multi-slice'. Setakat ini, kami telah melatih doktor dari Filipina, Hong Kong, Australia & China. (lihat Pencapaian Antarabangsa). Pusat Perubatan yang baru sahaja muncul tidak ada pengalaman dan kepakaran yang sedia ada di HSC.
 
 

  Reputasi untuk Servis Bertahap Tinggi Serta Ketepatan Dari Segi Diagnosa Dan Hasil Ujian

 
     
 
  • Kami di HSC pernah melihat hasil skan yang dikeluarkan oleh pusat perubatan lain yang kurang memuaskan. Setelah pesakit diskan semula di HSC, kami mendapat imej yang lebih jelas, membolehkan interpretasi yang tepat dan memuaskan.
 
 

Pusat Perubatan & Diagnostik Serba Lengkap Yang Pertama Di Rantau Ini

 
     
 
  • HSC merupakan satu-satunya pusat perubatan di rantau ini yang serba lengkap dengan kemudahan endoskopi, katerisasi, obstetrik & ginekologi serta perubatan Cina traditional. Kami menawarkan pakej-pakej pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh pada harga yang berpatutan di mana pesakit menerima segala hasil dan penerangan pada hari ang sama.
 
 

 Senantiasa Menambahkan Faedah Bagi Pesakit Tanpa Menaikan Harga Pakej-pakej  Perubatan

 
     
 
  • Sejak pembukaan kami pada Januari 2003, harga pakej-pakej perubatan kami tetap tidak berubah, malah kami telah menambahkan ujian-ujian diagnosik yang baru untuk meningkatkan nilai pakej-pakej perubatan yang sedia ada :

    May 2004  pesakit diberi sarapan pagi percuma bagi setiap pakej perubatan yang dipilih.
    July 2004  setengah-setengah daripada pakej perubatan yang sedia ada, ditambah dengan ujian darah
                   'Free Oxygen Radical Test (FORT)' tanpa sebarang kenaikan harga.  
    Aug 2004  pakej perubatan menyeluruh (Komprehensif) ditingkatkan dengan adanya Analisa
                    Komposisi Badan (Body Composition Analysis)
    Nov 2004  Pakej perubatan menyeluruh ditingkatkan lagi dengan ujian serologi H.Pylori yang
                   digunakan untuk menentukan masalah gastrik.
    Nov 2004  naik taraf ke komputer bertomografi '64-Slice' MSCT.

    Dengan menetapkan harga berpatutan untuk pakej-pakej perubatan kami disamping menambahkan nilainya dengan ujian-ujian diagnostik yang baru, HSC telah menjadi satu-satunya pusat perubatan serba lengkap yang terunggul di rantau ini. Sokongan daripada pesakit-pesakit kammi diperlukan agar kami dapat terus menawarkan kemudahan kesihatan yang bernilai dan inovatif.

 
 

 Kepopularan dan Pengik Tirifan

 
     
 
  • Keluarga diraja, ahli politik, selebriti dan ahli perniagaan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain telah datang ke Pusat Perubatan HSC untuk melakukan pemeriksaan seperti belon angioplasty dan stenting. Organisasi besar yang ada pertalian dengan HSC adalah Genting, Hong Leong Assurance, Citibank, Hotel Nikko dan lain-lain. (lihat apa yang dikata oleh media dan pesakit berkenaan HSC)
 
     

   
 
 
 
 
 
         
         
         
         
         
         
     
  HSC MEDICAL CENTER
Lot 3.6, Level 3, PNB Darby Park, 10 Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia. (Location Map)
TEL: +60-3-2712 0866      FAX: +60-3-2712 0766
info@hsc.com.my

 

 
     
 
   
Maklumat ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukan dihasratkan sebagai nasihat perubatan. Sila dapatkan nasihat dari pakar perubatan tentang penyakit anda ataupun berhubung terus dengan Pusat Perubatan HSC.
 

| Laman Utama | Profil| Perkhimatan Perubatan | Pakej Diagnosa | Kemudahan |
| Untuk Doktor | Carta Pencegahan Penyakit | Lokasi | Temujanji | Hubungi Kami |
 
2002-2005 Copyright© HSC Medical Center™, All rights reserved.